Sunday, 26 June 2016

KUIH KASWI



 photo PhotoGrid_1466945229690.jpg




Dah lama xbuat kuih nie.....sedap n lembut sangat .....
mak buat setengah adunan dapat 17 pcs saiz acuan lompang


mase mak first time buat  dulu...kukus sampai 1jam lebih....xkeras2....
gupenya dah sejuk dier mengeras sendirik daa........ 😁😂😄😆



Sumber : Kak Liza fotopages


Bahan :


5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan bhn atas dan sejukkan (tapis)


2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung -----> mak guna tepung jagung


Kelapa parut ( yang putih)
Sedikit garam-----> (kukus 5 min)



Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang /acuan yang nak digunakan.
3. Satukan semua bahan (kacau dgn whisker) dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang Or sudukan pada acuan lompang
4. Kukuskan sehingga masak dgn api besar  [30 - 40 minit] ***
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
6. Kelapa putih digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


*** klu dah 40 min xkeras lg..xper bila sejuk dier keras sendiri.
make sure adunan bater dah masak aje***

Loyang - 40 min }---> time indication
acuan lompang - 30 min }




No comments:

Post a Comment