Monday 20 June 2016
NASI AMBENG
juadah berbuka niari n sahur....senang....2 in 1....😊
Resepi dari blog fauziah samad (serunding) n masam manis
(Sambal goreng)
Mee n ayam kicap dah ade resepinyer dlm blog mak nie...
Farhan teruja ngk nasi ambeng air tangan mak...syek tunjuk
thumb upjek sambil makan.....😁
SERUNDING KELAPA
Bahan-Bahannya:
½ biji kelapa parut, putih sahaja
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar yang kecik
1 inci kunyit hidup (mak guna 1 sudu kecik serbuk kunyit)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1 sudu kecik jintan manis
2 sudu udang kering (dicuci dan tumbuk)
1 sudu besar gula Melaka (mak guna soft brown sugar)
½ cawan air asam Jawa
Cara:
1. Bawang putih, bawang besar, jintan, halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai ditumbuk halus.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk termasuk udang kering. Tumis hingga garing.
3. Masukkan air asam Jawa. Masak 1-2 minit.
4. Masukkan kelapa parut dan gaul hingga bahan tumis sebati dan sekata.
5. Perlahankan api dan biar kelapa dan bahan tumis disangai seketika. Apabila sudah hampir kering, masukkan gula dan gaul lagi sampai rata.
6. Rasa. Kalau tak cukup masin, bubuh sedikit gula. Mesti ada rasa manis sedikit.
SAMBAL GORENG JAWA
Bahan:-
10 - urat kacang panjang - potong serong
4 - keping tempe }
2 - biji kentang } -----> goreng
50 gm campuran fucuk n suun- rendam
11- ekor udang sedang
1 - labu - bawang besar ( yg sedang)]
2 ulas - bawang putih] ----> kisar bersama
1 sb udang kering]
1 sb ikan bilis]
2 sb kicap manis
sedikit garam
sedikit air
Cara :-
Tumis bhn kisar,masukkan udang,air ,kicap then kacang panjang.
Kacang panjang dah agak lembut masukkan kentang,tempe,fucuk n suun
Gaul rata then angkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment