Monday, 26 September 2016

CREAM PUFF



 photo PhotoGrid_1474937728802.jpg

Lebihan custard tuari ingatkan nak buat cream puff....
abis akak dok ngendengjek nak mkn ngan roti...

Layankanlah....kot2 angin ghajin xdtg rosak plak custard
tuu....so sukeler eek asyik sapu ngan rotijek......

Follow ade 2 resepi filling yg mak penah buat....both sedap...
so the choice is yours.......



Bahan :-


330 - gm air
190 - gm mentega
240 - gm tepung gandum
9 - biji telur
secubit garam


Cara2 nya :

Cairkan mentega dlm air, larut masukkan tepung gandum dan dikacau cepat2. Kemudian diangkat dan disejukkan. Setelah sejuk sedikit masukkan telor satu2 hingga creamy n berkilat. Kemudian dimasukkan dalam piping bag dan dipicit diloyang yg disapukan mentega dan bakar. Potong puff jgn putus,masukkan intinya.



Custard filling



2 tbsp tepung gandum
2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung (mak gune tepung kastard)
8 tbsp gula kastor
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 tbsp (30 gm) mentega

Cara Membuat Kastard:
1. Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
2. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
3. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.
4. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
5. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental.
*Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
6. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati.


 photo PhotoGrid_1474937782543.jpg

Durian Filling


300 gm - isi durian
60 gm - gula
250 gm - whip cream



Cara:

1- Masak  isi durian dan gula hingga sebati.Gula bergantung pade kemanisan isi durian.
    Kalau kurang manis bole add gula.Sejukkan
2- Pukul whip cream hingga smooth (terbalikkan tak jatuh) dgn high speed.
3- Dengan speed yg slow masuk masukkan sedikit2 isi durian tadi.Gaul sebati.
    Sedia untuk digunakan.



No comments:

Post a Comment