Friday, 21 August 2015

ZAT UNTUK ROH KITA.......

Hari2 kite makan untuk kenyangkan perut dan sekali goes memberi Zat pada badan kite.....

Tapi ade yg lebih penting untuk kite suburkan dgn zat....Iaitu Roh kite.....


Bila kite mati....jasad yang mati....tapi roh kite yang Akan menghadap Allah...yg akan dipertanggungjawapkan....


Yang paling mudah dgn berzikir dan berselawat ke atas Rasullah S.A.W
Selawat yg ringkas spt dlm bacaan tahyat akhir ... 100x hanya 8 minit




 photo Screenshot_2014-06-21-13-29-15-1.png




Sabda Rasullah s.a.w.."Dua kalimah yang ringan diucapkan dilidah,berat dlm timbangan(mizan),dan disukai Allah.

Bukan susah sgt pun nak bace..sambil masak,sidai baju,bawak keta...
100x ..hanya 13 min....



 photo IMG-20140524-WA0003-1_1.jpg


Bukan hanya dikurniakan pahala malah akan dtg keajaiban dari Allah..

Nak bukti..buat dan lihat..insyaAllah...

Teringat masa jaga arwah atuk kassim...bila nak bangun dari katil dier terduduk Kebwh...sbb kaki xkuat...masa tu mak baru lahirkan farhan...operation plak tu

..Xkan nak biarkan aje....dgn bertawakal pada Allah dan sambil menyebut kalimah diatas
MasyaAllah terasa ringan angkat atuk.....mcm angkat baby...
100 x....hanya 15 min.....



 photo IMG-20140328-WA0006_1.jpg






 photo PhotoGrid_1522589731133.jpg



setkan hari2 mesti bace...tengah2 masak tengok jam...
mintak tolong Allah ingatkan kite supaya sentiasa mengingatiNya...dan bergantung harap hanya padaNya.

Buat note..tampal kat mane yg kite nmpk or most of the time Kat situ ....mcm mak kat dapurlar....kat bilik ....


kalau menghadapi kesukaran bace ayat diatas....insyaAllah
Dipermudahkan......100 x ....13 min....






 photo IMG-20140830-WA0006.jpg





Rasulullah saw yg maksum ...yg dah sure2 masuk syurga...mohon ampun..Pada Allah..hari2 sekurang2nya 100x..(10 min)

.agak2 kite nak istifar bape byk...Jwpnya sebyk mungkin.....






 photo Screenshot_2015-02-14-16-15-10-1.png





Ade artikel yg mak bace bila kita bace kalimah ini...seolah2 keluar seekor burung berwarna hijau....ianya akan naik keatas dan membuat bising sehingga Allah ampunkan orang yg membaca kalimah ini...barulah dier senyap dan berzikir....Ungkapannya ialah laailahaillah.....hanya 10 min ..100x...


  🌺🌺🌺🌺🌺       Info   🌺🌺🌺🌺🌺

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

 Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.


Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.


Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.

 Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

 Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.



No comments:

Post a Comment