Sunday, 29 May 2016

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE



 photo kekpisang.jpg




Bile upload resepi nie kecur plak nak buat...mudah2an....angin
rajin datang menyapa....😉


Sedapp sangat kek nie.... klu letak kacang walnut and pecan dah mcm yg kat secret receipe jadiknya...memang marvellous...


Sumber : hanamemories



Bahan-bahan :-

1/2 - cawan butter
1 - cawan gula - (will put 3/4 in future cos' too sweet for me)
1 - biji telur
1 - sk esen vanila
1 1/2 - cawan pisang lenyek (mak letak 3 biji pisang berangan)
1 1/2-  cawan tepung gandum
1 sk - baking powder
1 sk - baking soda
1/2-  teaspoon salt
1/4 - cawan serbuk koko - hana buh 2sb je (mak pun letak 2sb aje)
1/2 cawan chocolate chips
1/2 cawan almond nibs



Cara :-

1) Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.

2) Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
3) Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond/kacang nibs.
Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square.

Note : Almond nib mak roasted then campur ngan semua adunan.Adunan yg coklat mak letak coklat chip dlmnya.Atas mak xletak.Kalau letak kacang pecan n walnut lagikla sedapp...mak buat 2 layer aje...bawah putih atas coklat



No comments:

Post a Comment