Saturday 25 June 2016

DONUT KENTANG




 photo DONUTKENTANG.jpg




Sedap sangat donut kentang nie......penambahan kentang didalamnya menambahkan  lemak pade donut nie....dahla lembut...even makan keesokkan harinya or digoreng selepas difrozenkan....




Sumber : MYR oleh Nurulhafez


2 Biji Ubi kentang (direbus dan dilenyek)
4 Cawan Tepung Gandum (diayak 2 kali)
2 sudu besar susu tepung -----> (mak letak 3b)
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu teh yis segera
sedikit garam
1 cawan air  ----- > (air bergantung pade tepung - letak sket2)
2 sudu besar planta --- > (mak gune butter)
1/2 cawan gula pasir
Gula aising (tuk salut)


Cara-cara :


1) Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
2) Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
3) Gaulkan Tepung gandum, Planta, Gula, Garam, Susu tepung, Susu Pekat manis dan Yis bersama air   dan juga kentang lenyek tadi
4 ) Uli sehingga tepung menjadi doh
5) Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik. Perapkan lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi bagus.
6) setelah doh tadi naik, tumbuk2kan keluarkan angin then terap dgn acuan yg ditekap dgn tepung dulu...
7) Biar 10 minit then goreng sampai nampak kekuning-kuningan..salut dgn gula aising or gula kasar yg diblend dgn blender kering.



No comments:

Post a Comment