Tuesday, 20 September 2016

CUSTARD PANCAKE

Namejek custard pancake....tapi sebenarnya pan cake aka
lempeng dimakan dgn custard....

Balik keja tadi abah bersuara....

Abah : "lah buat custard senang x....i terasa nak mknlar..."
Mak :  "Custard?"
Abah : "Ala yg inti cream puff tuu...tapi i nak inti dierjek"
Mak "nak makan ngan ape"
Abah : " nanti i beli roti"

Balik dr masjid..abah surprise negok mak buat pancake....
mmg gandingan yg yummylicos....nyum2....😊


 photo 20160920_205037.jpg



2 tbsp tepung gandum
2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung (mak gune tepung kastard)
8 tbsp gula kastor
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 tbsp (30 gm) mentega

Cara Membuat Kastard:
1. Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
2. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
3. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.
4. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
5. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental.
*Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.


6. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati.


 photo 20160920_193913.jpg






No comments:

Post a Comment