Saturday 24 September 2016

PULUT KUNING


 photo pulutkuning_1.jpg


This resepi never fail me.....sedap n lembut...
peberet abah......
selalu orang buat sebab ade occasion.....mak buat sebab
ade daging korban.....😊
Soo...buat rendang,sambal tumis udang n telur rebus

 photo PhotoGrid_1474715866448.jpg


Sumber : Chef Hanieliza




Bahan
1 kg beras pulut - basuh bersih
2 keping asam keping
1 sb kunyit serbuk- bancuh dgn air
air secukupnya untuk merendam pulut.


3 cwn santan - 1.5 biji kelapa
garam n gula sekucupnya
3 helai daun pandan




Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit sekurang2nya selama 5 jam (better rendam semlman)
untuk mendapatkana warna kuning. sekali sekala gaulkan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang Or dlm loyang
5. Kukuskan 5 minit
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul rata santan dan pulut. masukkan daun pandan.Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan lagi selama 25 - 30 min or sehingga masak
(Setiap 10 min karihkan agar masak serata)
11. kalau nak buat bentuk,masukkan dlm acuan semasa
pulut masih panas


Note : klu dlm 25 min pulut masih kurang lembut...renjiskan air pade permukaan pulut.kukus lagi 5 min.inshaAllah lembut sempurna.

Kali ni mak rendam 6 jamjek selalunya semalaman.





No comments:

Post a Comment