
Dapat 55 ketul (cutter mak comeljek yg plastik.. besonya dlm 6 cm ).....so
Bolelar difrozenkan
Sumber : allrecipes.com VIA MYR oleh SKYBLUE
Bahan-bahan :
3 1/2 sk- yis segera (instant dry yeast)
1/4 cwn - air suam
1 1/2 cwn - susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cwn - gula halus
1 sk - garam
2 biji - telur
1/3 cwn - shortening/butter (mak guna butter)
5 cwn - tepung gandum (bergantung pada tepung~tambah ikut keperluan)
Minyak untuk menggoreng
Coklat rice secukupnya
cooking coklat secukupnya
almond nib (roasted)
karamel sauce
Cara-cara:
1) Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2)Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3) Tutup doh dengan kain basah,rehatkan sehingga naik 2 kali ganda (30 minit)
4) Tumbuk2 doh untuk mengeluarkan angin.Bahagikan doh pada beberapa bhg untuk mencanai
5) Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, sapukan pada pencanai dan juga donut cutter (dgn mencelup donut cutter dlm tepung dan ketuk sedikit tuk buang access tepung) canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci.
6)Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
7) Untuk coated dgn cooking coklat or karamel tunggu hingga donut sejuk
Note :
Bile donut naik selepas potong dgn donut cutter...rupenya xcantik....so ape yg mak buat...mase nak goreng me buang anginnya dgn tepuk dgn dua2 tapak tangan then besarkan lubangnya terus masuk dlm minyak....
Mesti pakai api kecil untuk dpt donut yg serata kuningnya....gune sepit untuk mudah terbalik donut dan mengangkatnya.
Sedap sangat karamel nie.....macam makan gula2 cadbury yg ade karamel tu....
Mak amik dari Youtube...ade macam2 resipi yg nie senang bhn2nya
Bahan :
1 cwn - gula
6 sb - butter (potong kpd 6 bhg kecil )
1/2 cwn shortening
[b]Note : Guna bekas 2x ganda bahan[/b]
Cara :
1) Masak gula hingga jadik gula perang,then masukkan butter (hati2 ia akan berbuih2)
butter cair alihkan dari api
2) Masukkan shortening sambil sentiasa mengacau.
3) sejukkan. (adunan akan pekat bila sejuk)
Note :
Simpan dlm freexer - tahan 2 minggu
Untuk frozenkan....masak donut sebentar saja.
Masuk donut dlm minyak bila ia timbul ..terbalikkan....biar seminit....then angkat...sejukkan
dan bole simpan dlm freezer

No comments:
Post a Comment