
Sedaappp sangat puding nie....Rase mcm puding tauhu yg abah suke ode klu kite makan kat kopitiam di Giant Tampoi...1 set RM 5.00 dihidang ngan laici dan kuahnya....Dah tutup
Dah kopitiam nie...
Of coursela buat lagik sedap...cukup lemak and manis.....rase puas hati dpt buat puding
Puding kegemaran abah nie.......
Sumber : Nor Secubit Garam
Bahan-bahan
1/2 -paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm (mak punya 12 gm)
1 1/2 liter air - (mak letak 1 liter)
1 - cawan santan pekat (mak pakai 1 kotak santan)
1 - tin kecil susu pekat manis
1 - tin susu cair
4 - sudu besar gula
2 - helai daun pandan - disimpulkan
Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (kordial) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia
Cara-cara :-
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.
Note : klu pakai agar2 strip airnya just tuk cover agar2 tuk nak masak

No comments:
Post a Comment