Sunday, 24 July 2016

AYAM MASAK MERAH


 photo 20160724_142103.jpg



Sedapppp sangat Ayam masak merah nie....tq Amie for sharing
this resepi.....
banyak mak angkut resepi dr blog anti Amie nie...xsabar nak cube satu persatu.....😊





Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono
VIA Amie's little kitchen





 Bahan A:

 1 ekor ayam - potong 12
 2 mangkuk minyak
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
2 helai daun limau purut


 Bahan B : kisar

1 batang serai
4cm lengkuas
15 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
 4cm halia
2 cm kunyit



 Bahan C:

3 sudu besar madu atau gula merah- mak gune madu
2 sudu besar gula - mak gune gula perang
1 mangkuk sos tomato
 1 sudu besar garam
1/2 mangkuk air



 Cara:

1. Gaulkan daging ayam dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak.
 2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi dan tumis kesemua Bahan B sehingga terbit minyak atau sehingga masak.
3. Masukkan kesemua Bahan C. Kacau rata sehingga kuat pekat. 4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
 5. Akhir sekali masukkan daun limau purut.


No comments:

Post a Comment