Saturday 31 March 2018

KHASIAT TOMATO

Negok iklan product berasaskan tomato...
Mak cari benefitnyer....mmg tau byk vit A  n good for skin...tapi nak lebih details...

Alhamdulillah benefit 2 in 1...
Kacang pjg n tomato.....smootie yg mak selalu minum nie....niari gune 1 biji aje tomato...sbb beso gedabak...๐Ÿ˜
Klu mkn sayur or buah...rendam air garam dulu yea...

 photo PhotoGrid_1522458679570.jpg

Menstabilkan Biokimia Badan Bagi Pesakit Kencing Manis

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh jurnal Cell Biochemistry and Biophysics, ahli saintis mendapati bahawa pengambilan tomato ataupun lycopene (nutrisi yang terdapat di dalam tomato) boleh menstabilkan biokimia di dalam badan bagi pesakit kencing manis.

Tomato mengandungi kandungan vitamin A, beta carotene dan lutein yang banyak, iaitu beberapa nutrisi yang membantu anda dalam menjaga kesihatan mata.
Nutrisi tersebut juga terdapat di dalam lobak merah. Oleh itu, jika anda mengamalkan meminum jus tomato (ditambah dengan lobak merah), anda boleh harapkan penglihatan anda akan bertambah baik.

Tomato boleh meransang penghasilan satu jenis asid amino yang mana boleh mencepatkan kebolehan badan untuk membakar lemak sebanyak 30%

Amalan meminum jus tomato secara berkala boleh memperbaiki penampilan dan tesktur rambut. Manakala, kandungannya yang kaya dengan vitamin K membantu menguatkan akar rambut, menjadikannya lebih sihat.


Ubat statin merupakan satu klasifikas ubat yang boleh mengurangkan tahap kolestrol badan dengan mengurangkan penghasilannya oleh hati, dengan menyekat tindak balas enzim. Pengambilan ubat ini ada implikasinya, antaranya adalah penyakit hati.
Satu kajian telah membuktikan bahawa 60ml perahan tomato setiap hari sudah cukup untuk mengurangkan kesan ubat statin.

Alpha-lipoic acid boleh membantu badan menukarkan glukosa kepada tenaga. Sesetengah nasihat mencadangkan bahawa alpha-lipoic acid ini boleh membantu badan mengawal kadar glukosa dalam darah, lantas memperbaiki peredaran darah dan melindungi pesakit kencing manis daripada retinopati.


Mengurangkan Risiko Masalah (Sakit) Jantung


Menurut kajian yang dilakukan di Tufts dan Universiti Boston, America Syarikat menyatakan bahawa pengambilan lycopene (salah satu nutrisi tomato) boleh mengurangkan risiko masalah kardiovaskular dan masalah jantung sebanyak 30%

Menjauhkan Anda Daripada Strok

Strok ataupun angin ahmar merupakan penyakit yang biasa di alami oleh rakyat Malaysia pada peringkat umur 50-an. Dan satu kajian dari Harvard mendapati bahawa diet yang mempunyai tomato boleh mengurangkan risiko strok.

Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara

Risiko kanser payu dara boleh dikurangkan dengan pengambilan tomato di dalam diet secara berkala. Kenapa? Kerana nutrisi yang terdapat di dalam tomato seperti alpha-carotene, beta-carotene, lutein, zeaxanthin, lycopene, dan carotenoids di dapati boleh mengurangkan risiko kanser tersebut, menurut National Cancer Institute
For more details...visit...๐Ÿ‘‡or just tny pokcik gugel...byk keluar....


https://www.panduansaya.com/kesihatan/khasiat-tomato/

No comments:

Post a Comment