Wednesday, 23 May 2018

PUDDING ROTI


 photo PhotoGrid_1527050608151.jpg

Kejap aje niari dah seminggu puasa....
Our dessert today....

Untuk berbuka inshaAllah ade main dish n dessert....

Untuk juadah sahur very2 the senang......
Sbb lauk sop n kicap continuosly....😂

u all xmor yg lain...
No Asam Pedas...No Sweet Sour...No lauk Lemak...

Unless klu mak buat roti jala ....kuahnyer tuk sahur sekali....begitu jugak klu mak masak nasi berperisa.....

Sbb tu tuk berbuka menunyer mak cube buat spesel sket ...💝
sbb sahur lauknyer very the simple...n very the same....😜


Sumber: Allrecipes.com

 Bahan:-

10 keping roti, dipotong kiub
 ¼ cawan majerin, dicairkan
 ½ cawan kismis - optional
1 sudu teh serbuk kayu manis (Mak omit)
6 biji telur
¾ cawan gula
2 sudu teh esen vanilla
½ sudu teh garam
3 cawan susu yang telah dipanaskan
Secubit serbuk buah pala (Me omit)


Cara-caranya :

 1. Panaskan oven pada suhu 190’C.

2. Dalam mangkuk yang besar, campurkan roti, mentega cair, kismis dan serbuk kayu manis. Gaul hingga sebati dan masukkan kedalam loyang pembakar yg digris dgn butter
(10 x 10 x 3) -gambo 👆 guna loyang
(8 x 8 x 3)

3. Menggunakan bekas mangkuk tadi pukul telur. Masukkan gula, esen vanilla dan garam. Kacau sehingga gulanya larut. Masukkan susu panas perlahan-lahan dan kacau hingga sebati. Tuang adunan telur ini diatas roti dan taburkan dengan serbuk buah pala. Ketepikan untuk 5 minit supaya cecair meresap kedalam roti.

4. Bakar didalam oven selama lebih krg 40 minit, atau sehingga lidi pengguji bersih menandakan pudding roti telah pun masak. Gune api grill



No comments:

Post a Comment